Rabu, 02 November 2016

8 Tips Menjaga Otak Supaya Menjadi Lebih Bijak

     Tentu anda suka bila anda dipuji sebagai orang yang bijak. Untuk menjadi manusia yang bijak, anda mestilah mempunyai akal yang hebat membuat pertimbangan. Akal yang hebat pula mestilah lahir daripada otak yang cerdas. Jom kita ikuti 8 tips untuk menjaga otak anda supaya menjadi lebih bijak dan pandai!

 8 Tips Menjaga Otak Supaya Jadi Lebih Bijak dan Pandai
1. Wajib mengambil sarapan pagi
       Ramai pakar kesihatan menyatakan bahawa sarapan adalah penentu kepada kualiti cara hidup anda sepanjang            hari. Seseorang yang tidak bersarapan pagi akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan ini          akan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Faktor ini akan menyebabkan banyak sel-sel otak akan mati dan         akan menjadi kurang aktif.

2. Elak makan secara berlebihan
        Orang yang bijak biasanya amat menitikberatkan terhadap pemakanan mereka. Ini kerana jika seseorang                     makan secara berlebihan akan menyebabkan banyak darah akan dialirkan pada bahagian usus dan perut untuk           tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai ke otak dan akan mengakibatkan                 seseorang itu malas, mengantuk dan hilang daya fokus.


3. Jangan merokok
       Asap rokok sangat merbahaya kerana mempunyai terlalu banyak bahan kimia yang sebenarnya akan merosakkan        sel-sel otak anda.

4. Elak daripada mengambil gula secara berlebihan
        Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga akan mengganggu         perkembangan otak anda yang akan menyebabkan anda menjadi seorang yang kurang bijak.

5. Hidu udara yang bersih
        Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Menghidu udara yang segar akan               membantu untuk mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang rosak.

6. Tidur secukupnya, tapi jangan berlebihan
        Tidak dinafikan tidur adalah cara terbaik untuk merehatkan otak seseorang. Tetapi sekiranya ia dilakukan secara         berlebihan, ia akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara tidak langsung akan melemahkan daya           berfikir seseorang.

7. Tidur dengan menutup muka
       Tidur dalam keadaan meniarap atau mencekup muka dengan bantal, buku, lengan atau sebagainya akan                      menyebabkan gas karbon oksida terperangkan dan akan dihidu semula. Ini akan menyebabkan otak kekurangan        oksigen serta merosakkan sel-sel otak seseorang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar